Monday, February 21, 2011

mari BERDAKWAH(*_^)

Semua Orang Layak..!! (>,<)

'Saya tak ada ilmu nak berdakwah. Maka, tak perlulah kan?', tanya seorang pemuda kepada ustaz.

'Tidak, kamu tetap perlu berdakwah'.

'Tapi, bagaimana saya mahu berdakwah sedangkan saya tidak ada ilmu', wajahnya serius.

'Apa yang enta faham dengan ilmu?', tanya ustaz itu pula.

'Ilmu itu kan kena tahu al-Quran dan hadis'.

'Habis tu, enta tak tahu?'

'Saya tidak hafal ustaz'.

'Tak hafal, tidak boleh rujuk?'

Buntu.



Benarkah dakwah perlu ada ilmu?

Iya. Berdakwah perlukan ilmu. Bukan setakat ilmu, ikhlas dan kretif juga perlu.

'Saya tidak ada semua itu. Adakah kewajipan dakwah saya terhapus?'

Belum lagi. Belum sehingga kalian tahu, apa maksud 'mempunyai ilmu' itu.


Salah anggap.
Kita sudah lama tersalah anggap. Kita anggap bahawa yang wajib berdakwah dan menyampaikan keindahan islam itu hanyalah golongan ulama dan para ustaz sahaja. Oh...silap besar begitu.

Tidak salah jika saya katakan bahawa pemahaman sebegini diperkenalkan oleh orang-orang kafir kepada kita supaya kita meninggalkan dakwah, supaya islam tidak berkembang, dan supaya islam tidak dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Mengapa? Adakah islam itu ancaman?

Ada dua jawapan.

Jawapan pertama: "Ya, islam itu ancaman"

Kerana itu, ramai pejuang-pejuang islam ditangkap, dibunuh dan disiksa. Contoh paling dekat As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Kalau kalian masih ingat peristiwa berdarah Memali, maka kalian akan ingat mengapa mereka dibunuh- iaitu kerana mereka mahu menegakkan islam di bumi ini.

Dan jawapan "ya" itu keluar dari mulut manusia yang dahagakan kuasa serta duniawi.

Jawapan kedua: "Mustahil islam itu ancaman kerana Islam ialah kesejahteraan".

Kita guna jawapan kedua ini. Bagaimana mahu menggabungkan 'dakwah' dengan 'kesejahteraan'?

Tadi kita bising pasal 'tidak ada ilmu' untuk berdakwah, bukan?


Habib An-Najjar
Mari kita buka surah Yassin mulai ayat 20. Allah bercerita tentang seorang lelaki bernama Habib An-Najjar. Siapa Habib An-Najjar ini? Menurut tafsir, beliau adalah seorang lelaki yang tinggal di hujung kota yang kota itu telahpun diutuskankan 3 orang rasul untuk berdakwah kepada penduduknya. Malangnya, penduduk kota itu menolak serta mendustakan para rasul yang diutuskan itu. Lalu, datanglah Habib An-Najjar untuk berdakwah. Diceritakan dalam tafsir Ibn Kathir, Habib An-Najjar ini seorang yang miskin yang bekerja sebagai tukang kayu. Dia miskin dan tidak ada ilmu pun (kerana baru masuk islam sahaja) lalu terus dia berdakwah!

Tengok apa yang dia dapat...

Allah sebut dalam ayat seterusnya, Habib An-Najjar dibunuh kerana berdakwah dan Allah beri dia syurga. Katanya, "Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui".

Subhanallah.

Habib An-Najjar benar-benar seorang pendakwah yang sejati! Walaupun dia disiksa dan dibunuh oleh kaumnya, dia tidak punya dendam pun walau secubit dan sesudah mati pun, masih kuat cintanya kepada pembunuh-pembunuhnya. Tetap, dia menginginkan agar pembunuh-pembunuhnya bersama-sama beriman!

Sifat manusia mulia itu mahu saya contohi. Seperti pokok rambutan, dibaling dengan selipar pun masih tetap memberikan buah.

Soalan: Habib An-Najjar ada banyak ilmu atau tidak?

Tidak banyak. Kerana yang dia tahu cuma 'Allah ialah Tuhan yang wajib disembah', dan dia berdakwah atas 'tiket' itu.


Realiti Kita.
Selepas kita mengucapkan kalimah syahadah, maka kita sudah pun diberi tanggungjawab dakwah. Ia tidak menunggu kita untuk menjadi ustaz atau hafiz yang hafal 30 juzuk Quran! Mari kita jadi seperti Habib An-Najjar yang berdakwah walaupun dengan sepatah ayat, 'Ikutilah para utusan itu'.


Another Story
Kalian kenal sahabat Rasulallah bernama Abu Dzar al-Ghifari? Beliau adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulallah yang sangat istimewa. Ceritanya, apabila dia ke Mekah untuk menemui Rasulallah dan masuk islam, beliau bertanya kepada Rasulallah, 'Apa yang aku perlu buat sesudah aku beriman?'

Rasulallah menjawab, 'Dakwah lah kaum mu untuk menyembah Allah'.

Yang terlebih istimewa, Abu Dzar merasa izzah (bangga) menjadi seorang muslim. Dengan tekad, dia ke masjidil haram dan meyuarakan serta mengisytifarkan keislamannya di hadapan orang arab jahiliyyah yang sangat rakus dan memusuhi islam. Apa terjadi? Abu Dzar ra. dibelasah hingga pengsan. Pendek cerita, dia tak serik kerana esoknya, dia masih mengisytifarkan keislamannya. Dia bangga menjadi muslim!

Kisah dakwahnya juga hebat. Perintah Rasulallah ialah, 'Kamu dakwah kaum mu', tapi Abu Dzar ra. sekembalinya dia kepada kabilah atau kaumnya, dia bukan sahaja mengislamkan ahli-ahli kabilahnya, sebaliknya kabilah yang berdekatan dengannya juga didakwah dan diislamkan.


Jadi, sebenarnya dakwah itu apa?

Mengeluarkan manusia dari gelapnya jahiliyyah kepada cahaya islam. Inilah dia dakwah!

Dakwah Paling Utama.
Ialah dakwah kepada iman. Itu paling utama dan itulah paling awal Rasulallah dan para sahabat buat. Dakwah Baginda tidak terus kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadah. Buktinya, perintah-perintah ini semuanya datang lambat.

Maka, sebelum itu Baginda hanya menyeru kepada tauhid.

"Allah Tuhan kita dan kita wajib sembah-Nya"

"Jangan syirikkan Allah walaupun dengan satu apapun"
Jangan bebankan diri kita untuk kuasai halal dan haram kerana ia hanya sia-sia jika kita belum kenal siapa itu Rabb.
Logiknya, jika tiada iman, maka tiada juga peduli dan runsing tentang halal dan haram. Saya pernah sebut dahulu di sini (link). Jika tiada iman, muncul lah maksiat. Sebaliknya, jika ada iman, hilanglah maksiat.

Kesimpulan: Lalu, aku perlu berdakwah melalui apa?
Kalau kita masih menganggap bahawa dakwah ini tugas orang berkopiah dan berjubah putih, maka pasti islam tidak akan tersampai kepada kita. Abu Dzar ra. dan para sahabat ra. berdakwah selepas sahaja mereka islam. Habib An-Najjar juga sama.

Mereka tidak 'menunggu' untuk jadi 'lebai' kerana mereka faham artikel ini.

Jika kita rasa kita ini tidak layak dan tidak cukup ilmu untuk berdakwah, maka memadai untuk kita berkata, "aku bangga menjadi muslim" dan cerminkanlah kebanggan itu dengan akhlak mulia kita, mudah-mudahan itu menjadi dakwah terbaik kita- dakwah melalui akhlak... ^___

Sunday, February 20, 2011

AWAS!! 10 PINTU ''PERANGKAP'' SYAITAN

Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan Syaitan, kerana SYAITAN telah bersumpah dengan Allah SWT yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk' kepada Nabi Adam as.


Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: "Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.


Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....

1. TAMAK DAN BURUK SANGKA.
~~> Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.
~~> Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN.
~~> Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri).
~~> Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA.
~~>Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG.
~~>Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

7. HASAD.
~~>Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

8. BAKHIL.
~~>Lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

9. TAKBUR.
~~>Lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

10. TAMAK.
~~>Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

~~>Astaghfirullah..Renung2kanlah!!T__T




ingat dan mengingati lah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali..

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

Sebelum kita mengeluh kerana tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan..

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang terburuk didalam hidupnya..

Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukkan jodoh dan diberikan teman hidup..

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat..

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul..

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang seseorang yang tinggal dijalanan..

Dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa..

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan terima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup..!!

~ marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita..

~ Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan menambah lagi nikmat itu.. Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih..

FIKIR.. RENUNG.. TIMBANG.. dan MUHASABAHLAH DIRI KITA..~




SyuKuR AlhamDulillah!(*_^)

Merenunglah dan Bersyukurlah...

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda. 

"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)

Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)








Friday, February 18, 2011

Ayah!!

Ayah.....
Dia la ketua keluarga...
ayh seorg yg xbyk karenah....


ayh byk bri bimbingan yg baik kt ak n adek beradek ak....
ayh sll tgur pe yg ktorg wat...
wlupun kitorg xekut n xdgr ckp..
ayh xda pon naik tgn,,,


tp...
wlupun ayh baik..
ak tetap ego n smbong ngn ayh...
npe ak mcm tu???
pe slh ayh??
pe ak nk...sume ayh bgi...
ayh sggup dr perak dtg kedah semata2 amek ak bwk blik kg....
ak nk blik kedah blik ayh sggup hntar....
tp ak sll wat mke yg ak rase kuang ajar sgt....
npe ak wat ayh cmtu.....
ak syg ayh...
ak blaja sbb mk kte ayh nk tgk ank2 dy berjye...
mk kte dlu ayh pnh dpt skit hnya sbb ayh xpat smbung blaja...
mk kte tok wan xckup duit nk anta ayh pgi blaja....


ayh..
org akn bktikn org mampu bhgiakan ayh...
org akn cube berjya krna ayh...
ayh seronok bla kitorg pki bju sopan jer.....
ble ayh senyum ak rase seronok sgt dpt bhgiakan ayh.....


tp dh ckup ke ak bhgiakan ayh????


Ya Allah ak mohon pada Mu lindungi lah kedua org tue  ku...
tempatknlah merka dikalangan org2 yg beriman...
ak akn cube untuk mnjdi ank yg solehah untuk ayh n mak...


Ayh org syg ayh sgt2!!!




i Luv U Ayh!!<3

My Mom

mak.....
lau sebut je name mk msti kita akn sebak kpada merka berjauhan ngn mak....
emm ak nk type entry nie pon hti ak sebak..
xtau mungkin kerana ak syg sgt ngn mk ak...
tnpa dy sape la ak...
mk...
owg cube jd ank mak yang terbaik..
owg nak jge hati mak....
tp...
owg nie da ego..
npe la ego ni ujud ble ak ngn mk??
npe xujud ngn org len??
mk maafkn org...
owg xnk perasaan cmnie ade antara owg ngn mak..
OWG SYG MAK...

mak keje truk2 smpi ke mlm untuk kmi adek beradek...
kadang aty nie terdetik mk mcm pntingkn keje dr kami adek beradek...
padahal mk wat sume untuk kami...

bile adek kasar ngn mk..
aty org sakit sgt..
npe sush untuk kami phm pe yg mk cube lakukan...
mk nk yg terbaik..


mk mkn aty ngn sikap kitorang...
mcm kitorg wat lagi btul dr mak...


mak
owg harap akan sntsa doakan org berjaya...
owg akn cube jd ank mak yg solehah...
owg akan bimbing adek2 supaya menjdi soleh n solehah..
owg xkn biarkan dorang tinggikn sore ngn mk..
owg xkn biarkan dorang pijak kple mk....
org syg mak sgt2!!!

 i Luv U Mom!!<3

Wednesday, February 16, 2011

Mereka..!!

entry nie ak nk berkgsi crta....tentang MEREKA...
ak cube wat yg terbaik untuk mereka..


tpi aku rase cm pe yg aku wat salah....
aku syg mereka..
syg sgt...

teguran ak bkn untuk mengongkong apatah lagi membuat mereka rimas..
tpi ak xmau tgk mrka tersasar....
kuasa yg maha Esa tu besar...
xmampu untuk kita melawan nya...

Ya Allah ak mohon pada Mu,,,
berikan kami petunjuk Mu....
tunjukKan kami JalanMu....